Bekerja sebagai kuli di bulan Ramadhan bukan sesuatu yang menyeronokkan. Tapi, gua tanamkan di hati sanubari gua yang kerja ini adalah satu ibadah. Bila kita melakukan ibadah di bulan puasa, makan ganjarannya berlipat kali ganda. Tapi gua tahu, gaji bulan ini tetap serupa, takkan berganda.
Satu petang, bos gua bagi rehat 15 minit suruh pergi solat Asar. Gua tukar kasut dengan selipar jepun warna kuning kehitam-hitaman akibat lumut-lumut mula melekat di selipar jepun tu, gua sinsing kaki seluar takat betis, gua pergi ambik wudhuk.
Dengan rasa penat, letih, tidak bermaya, tidak berdaya, sengsara, berduka lara, rasa nak mati, ataupun sebenarnya rasa nak minum air, gua cuba tabahkan diri, kuatkan iman. Di saat itu gua teringat yang bulan puasa ini kita dianjurkan memperbanyakkan amalan sunat, dan ganjarannya berganda-ganda!
Lalu gua mula terfikir tentang amalan sunat ketika berwudhuk. Biasanya gua main basuh anggota wajib je, tapi kali ini gua ingat nak buat yang sunat sekali.
Mula-mula gua niat, baca 'Bismillah', lepas tu basuh kedua belah tapak tangan. Gua dahulukan yang kanan, kerana mendahulukan yang kanan juga merupakan satu perkara sunat. Kemudian, berkumur-kumur. Tapi yang ini gua tak dahulukan mulut sebelah kanan, sebab gua ada satu mulut je la bangang. Tengah-tengah berkumur tu, tiba-tiba....
.
.
.
"Sejak bila air paip tempat keje aku ni rasa macam air 100 PLUS ni? Sedap jugak "

5 000 MAKI HAMUN!:
kesimpulan dia ko puasa tak?? haha
hehe! mesti la dia puasa! :D
pian : aku pun tak pasti aku puasa ke tak, haha
mazeer : ye ke puasa? haha
woooiii xpuasa! ahahaha :P
Post a Comment