Sebelum balik kampung ada beberapa benda kena setel dulu.
1. Cari baju melayu kaler silver untuk kenduri mak sedara.
2. Trim rambut biar nampak kemas dan pendek. Supaya takde lagi peristiwa sampai je rumah, terus ajak pergi kedai gunting rambut.
3. Study fakta-fakta dan kronologi peristiwa Adam Adli dan kebangkitan mahasiswa kat UPSI, sebab balik karang mesti ramai bertanya dan nak tahu cerita sebenar. Setakat baca dalam Utusan tak payah percaya. Paper Utusan tu ada 3 benda je yang tak betul dan boleh dipercayai iaitu hari, tarikh, dan waktu solat. Yang lain semua tak boleh percaya.
4. Betulkan waktu tidur. Tidur lepas subuh dan bangun tengah hari di rumah amatlah tidak efisyen, dan boleh merangsang hormon adrenaline, estrogen dan progesterone Abah dan Ma tersayang untuk mengeluarkan kata-kata makan dalam yang boleh menyentap kestabilan telinga dan perasaan.
5. Bersedia dengan fizikal dan mental yang teguh agar cuti semester tidak membosankan diri. Jika tidak hal tersebut boleh menghayutkan diri ke sungai mainan perasaan dan membawa ke lautan kisah-kisah lama. Rumah itu banyak cerita.
"ol di ade kik, laik a pampap kik, yu bede rang bede rang, aukrang mai gannnn
ol di ade kik, laik a pampap kik, yu bede rang bede rang, pester den mei bollet "
1 000 MAKI HAMUN!:
tips hilang bosan 1: cat pagar rumah pengantin,
tips hilang bosan 2:buat signbod rumah pengantin
(guna photoshop)
tips hilang bosan 3- cari betik cucuk bunga manggar.
pilih satu sahaja.
Post a Comment